Sunday, December 19, 2010

Pengenalan Bekam

Nabi SAW bersabda: “Jibril telah memberitahu aku bahawa hijamah adalah ubat yang paling bermanfaat bagi manusia.”

Nabi SAW bersabda: “Jika ada kebaikan dalam ubat yang kamu gunakan, maka hal itu adalah hijamah.”

Nabi SAW bersabda: “Kesembuhan ada pada tiga hal; membelah kulit demi hijamah, meminum madu dan membakar dengan api hanya saja aku larang pada umatku dari membakar dengan api.”

Nabi SAW bersabda: “Hijamah mengandung ubat dan kebarkahan serta menambah kuat hafalan dan pemahaman.”

Pada dasarnya bekam bukanlah digolongan kepada perubatan, kerana dalam kaedah bekam tidak menggunkan ubat, tiada jarum sutikan dan juga tiada pembedahan. Oleh sebab itu, sudah pasti ianya tiada kesan sampingan. Bekam digolongkan kepada "terapi" untuk penyembuhan penyakit dengan cara membuangkan penyebab kepada penyakit tersebut, iaitu darah kotor atau toksid.

Bekam dalam bahasa Arab dikenal dengan hijamah dan dalam bahasa Inggeris cupping adalah proses mengeluarkan darah kotor atau angin atau kedua-keduanya sekali dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu seperti: tanduk, buluh, cawan dan lain-lain.