Thursday, July 21, 2011

Pengenalan Bekam (II)

Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan. Ia adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.

Tubuh yang sehat dan minda yang cerdas adalah factor penting dalam hidup dan kehidupan seseorang, demi melaksanakan tanggung jawab kehidupannya. Tapi jika terlalu banyak toksid-toksid dalam badannya, akan menyebabkan ’Stasis Darah’ atau ‘Penakungan Darah’, dimana sistim darah tidak berjalan dengan lancar.

Sunday, December 19, 2010

Pengenalan Bekam

Nabi SAW bersabda: “Jibril telah memberitahu aku bahawa hijamah adalah ubat yang paling bermanfaat bagi manusia.”

Nabi SAW bersabda: “Jika ada kebaikan dalam ubat yang kamu gunakan, maka hal itu adalah hijamah.”

Nabi SAW bersabda: “Kesembuhan ada pada tiga hal; membelah kulit demi hijamah, meminum madu dan membakar dengan api hanya saja aku larang pada umatku dari membakar dengan api.”

Nabi SAW bersabda: “Hijamah mengandung ubat dan kebarkahan serta menambah kuat hafalan dan pemahaman.”

Pada dasarnya bekam bukanlah digolongan kepada perubatan, kerana dalam kaedah bekam tidak menggunkan ubat, tiada jarum sutikan dan juga tiada pembedahan. Oleh sebab itu, sudah pasti ianya tiada kesan sampingan. Bekam digolongkan kepada "terapi" untuk penyembuhan penyakit dengan cara membuangkan penyebab kepada penyakit tersebut, iaitu darah kotor atau toksid.

Bekam dalam bahasa Arab dikenal dengan hijamah dan dalam bahasa Inggeris cupping adalah proses mengeluarkan darah kotor atau angin atau kedua-keduanya sekali dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu seperti: tanduk, buluh, cawan dan lain-lain.

Wednesday, August 11, 2010

Berbekam di Bulan Ramadan

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ – رضى الله عنهما – أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – احْتَجَمَ ، وَهْوَ مُحْرِمٌ وَاحْتَجَمَ وَهْوَ صَائِمٌ
Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berbekam dalam keadaan berihrom dan berpuasa. (HR. Bukhari no. 1938)

يُسْأَلُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ – رضى الله عنه – أَكُنْتُمْ تَكْرَهُونَ الْحِجَامَةَ لِلصَّائِمِ قَالَ لاَ . إِلاَّ مِنْ أَجْلِ الضَّعْفِ
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu ditanya, “Apakah kalian tidak menyukai berbekam bagi orang yang berpuasa?” Beliau berkata, “Tidak, kecuali jika bisa menyebabkan lemah.” (HR. Bukhari no. 1940)

Sunday, August 1, 2010

Wawancara Bekam

video

Keterangan tentang sejarah bekam dan juga hadith yang menganjurkan supaya manusia berbekam.

Wednesday, July 28, 2010

Proses Bekam Sunnah

video

Keterangan tentang proses-proses yang dijalani oleh orang yang akan dibekam. Cawan-cawan bekam telah disteril dahulu dan kebersihan dipraktikkan oleh pembekam untuk menjalankan pembekaman ini.

Fungsi Bekam

video

Keterangan tentang fungsi bekam. Penyakit-penyakit yang dapat disembuhkan dengan menjalani pembekaman. Namun penyembuhan mutlak itu hanya dari Allah s.w.t. sahaja.

Friday, July 23, 2010

Sakit Apa Pun Boleh Bekam


Petikan daripada sebuah akhbar: Seorang Doktor menerangkan bahawa, "Sakit apa pun boleh bekam." Menurut Dr Ibrahim Burhanuddin MD (klinik Al-Jawad) lebih 80% penyakit boleh disembuhkan daripada berbekam. Bekam sunnah ini juga ada disebut dalam pelbagai buku dan artikel. Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya Quran dan Sains juga ada menyentuh tentang kajian-kajian pakar tentang keberkesanan berbekam.

Thursday, July 22, 2010

Perubatan Homeopathy & Komplimentari Al Jawad


Bagi yang masih ragu-ragu tentang praktik pembekam. Saya berjaya memperolehi sijil peringkat bekam asas dan lanjutan yang dilaksanakan oleh Dr Ibrahim Burhanuddin MD pada Ogos 2009 di kinik Al-Jawad. Beliau telah mengendalikan kursus bekam selama lebih 10 tahun dan beliau sendiri telah membuat penelitian tentang bekam sunnah selama lebih 12 tahun.

Bekam Sunnah


Gambar ini menunjukkan titik-titik yang dibekam. Alat-alat moden yang digunakan oleh pembekam untuk proses penyedutan dan pengeluaran darah daripada tubuh seseorang yang dibekam.